Thursday 30 April 2009

mi celup vs mi goreng

Alahai.....ada pulak timbul isu mi celup vs mi goreng dalam PAS ni...ana ingatkan kes pasal mi ni dah habis semenjak isu mi beracun dulu didedahkan..tak sangka dalam PAS pun ada masalah mi ni...hurm..dah tak berminat nak memperjuangkan agama ke????dah nak jadi penjual mi pulak..kalo macam ni lah golongan ULAMA..macam manalah nak jadi penasihat golongan UMARA' ye..???silap-silap hari bulan rakyat kena goreng or kena celup dalam satu kuali yang besar ciptaan tauke mi ANWAR IBRAHIM.....hur..ANWAR lagi..bermasalah betul lah mamat seorang ni...
Beginilah jadinya kalau golongan ulama telah tersasar dari perjuangan asal...bila niatnya dah lain maka inilah yang terjadi...hancur imej ulama jadi mi...kalau lah ana yang buat silap ana mengaku salah..yelah ilmu agama ana pun hanya senipis kulit bawang...tapi kalau ULAMA yang buat silap..besar pengaruhya....adoi..apa nak jadi dengan ulama akhir zaman ni...dua ekor gajah bergaduh...kancil tersepit di tengah-tengah....well...apa-apa yang kita lakukan dimulakan dengan niat......

Wednesday 29 April 2009

AWAS bahaya H1N1...


PEKERJA lapangan terbang memakai pelindung sebagai langkah pencegahan jangkitan selesema babi ketika memeriksa penumpang yang tiba dari Bandaraya Mexico di Tijuana, kelmarin. Penularan virus baru selesema babi (H1N1) yang boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia itu sudah meragut lebih 80 nyawa di Mexico disifatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai 'situasi serius' dan 'berpotensi merebak menjadi wabak besar.Kerajaan melaksanakan empat langkah serta-merta bagi memantau dan menghadapi risiko wabak selesema babi yang kini melanda Mexico dan Amerika Syarikat serta mula menular ke New Zealand, semalam.
Ah.....bukan ini yang ana risaukan sangat...kalau risau pun bukan pada tahap yang maksimum. Cuma ana risaukan satu penyakit ni...sepupu kepada selesema babi...haa...nama penyakit ni selesema politik yang macam babi ( Selesema PoBi). Kenapa ana katakan macam tu???sebab siapa yang terkena penyakit ni asyik menyondol je kerjanya..sondol sana sondol sini...kerja menyondol ni dilakukan untuk memastikan matlamat politik tercapai. Kalau nak tau...penyakit selesema politik yang macam babi ( Selesema PoBi) ni dibawa oleh dua vektor politik sondol- Husam1 Nizar1. Si Husam melakukan aktiviti menyondol di dalam PAS ( Bahaya tu...silap2 semua kena samak) dan Si Nizar pulak menyondol bangsa Melayu malah sanggup menyondol (menderhaka) kepada institusi raja asalkan mereka dapat jawatan dan seterusnya menyebarkan penyakit selesema politik yang macam babi ni kepada semua orang.....termasuk mahasiswa- mahasiswa yang memang menjadi pengikut setia dua vektor yang disebutkan tadi..Ini amat buruk padahnya kepada masa depan negara jika tidak dihalang...Untuk mencegah peyakit sondol menyondol ni dari terus merebak...kita hendaklah menghalang induk atau vektor utama penyakit ni dari terus bergiat aktif...siapa dia orang itu?????Dia adalah ANWAR BIN IBRAHIM....Kenapa kita semua masih buta dan masih rela mengikut dan menyokong RAJA SONDOL ini sedangkan dia telah menunjukkan dengan jelas bahawasanya dia akan menyondol dalam semua perkara...termasuklah menyondol kaum sejenis...dan penyakit itu telah tersebar dengan jayanya..OOOPPPSSSS....dan sekarang ini pulak penyakit selesema politik macam babi....fikir2kanlah..........ayuh buktikan bahawa anda semua bukan pengikut RAJA SONDOL DAN ORANG2NYA....tak baik menyondol tau.....

Sunday 26 April 2009

Syabas Syarifah Balqis Syed Asmuni (Ketua Editorial mahasiswakini.com)


Ana mengucapkan syabas dan tahniah kepadaKetua Editorial mahasiswakini.com (Syarifah Balqis Syed Asmuni) di atas usaha anti menjadi Ketua Editorial Mahasiswakini yang amat cemerlang, gemilang dan TEMBERANG....( hanya sesuai digunakan untuk beliau sahaja). Antilah yang akan dipertanggung-jawabkan di atas segala kemerengan mahasiswa pada masa kini. Ana kecewa dengan anti kerana segala kemahiran yang ada pada anti digunakan untuk meracun generasi muda. Apa yang anti lakukan???? Anti juga PARTISAN seperti MOHD HAFEZ SABRI???Come on...anti mampu tersenyum seperti di dalam gambar yang comel ini atas usaha kerajaan jugak tau..kalau tiada kerajaan anti tak akan mampu berdiri sebagai mahasiswi....PPSMI rancangan bodoh konon...kenapa? anti terlalu pandai ke untuk menterjemah semua rujukan yang ada di muka ini ke dalam bahasa Melayu??Rasanya anti tak mampu berbuat sebegitu kan??? Kerajaan tak nak melahirkan generasi muda yang "kurang Pandai" seperti anti ni sebab tu kerajaan wujudkan PPSMI...kalau dah benci tu semua yang baik jadi tak baik....anti kena ingat...Jika kita membenci seseorang jangan menafikan kebaikannya..dan jika anti menyayangi seseorang jangan buta kepada kejahatannya...Renung2kanlah...orang yang anti sayang itu sedang mempermainkan Islam.....Oh ya...anti ada menyebut rakan sebaya di UK....ana rasa lebih baik anti berpindah ke UK dan anti rasailah bagaimana nasib anti di sana...rasanya kerajaan tak rugi melepaskan anti yang tak kenang dek untung....

Renungkanlah ayat ini.................

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 1
Ana menyeru kepada sahabat-sahabat ana......hayatilah ayat ini.....Apakah tindakan kita sebagai umat Islam??? Bukalah mata sahabat-sahabat sekelian......

Saturday 25 April 2009

Hikmah Berzikir

Hikmah Berzikir
Firman Allah s.w.t. maksudnya :
" Dan orang -orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar. " (al-Ahzab 35)
Dari Rasulullah s.a.w. :
" Sesiapa yang mengucapkan 'Subhanallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga. " (H.R Muslim)
1. Akan mendapat keredaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelaztan iman di dalam jiwa.
2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Akan dapat merasakan betapa besar, Agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
5. Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada didalam kesusahan dan kedukaan.
6. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian malaikat.
7. Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
8. Akan mendapat nur dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
9. Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syuga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
10. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
Renungkanlah...

Gadaikan agama dan bangsa...

Hati ana risau apalah yang akan terjadi kepada bangsa Melayu amnya dan agama Islam khasnya akibat kerakusan pihak- pihak tertentu terhadap politik. Mengapakah sanggup mempertaruhkan agama dan bangsa hanya untuk menguasai politik Di manakah prinsip asal PAS????Memperjuangkan agama??? Semuanya telah hilang….PKR???? Menggadaikan bangsa dan agama??? Itu tidaklah dihairankan sangat kerana pemimpinnya pun sememangnya mereng sedikit…banyak barangkali……Ya Mursyidul Am PAS…Nik Aziz Nik Mat….ke manakah hilangnya sikap dan sifat ulamanya????Ayat Al- Quran dipersendakan…….tak apa….salah tafsir??? Biaq pi kat depa….Inikah sikap seorang ulama….Adakah matlamat politik menghalalkan cara????? Wahai Anwar…anak Melayu yang menggadaikan agama dan bangsa…Graduan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya….memalukan akademi dan universiti……
Kini kita melihat semakin ramai mahasiswa hijau yang tertipu dengan golongan ini…..dan golongan ini jugalah yang bakal meneruskan perjuangan menggadai agama dan bangsa….Masuk U atas dasar yang disusun kemas oleh kerajaan…tetapi kerajaan pulak yang dikhianati….Amanah yang kerajaan beri untuk menuntut ilmu….tidak dilaksanakan dengan sempurna….Kemahiran yang ada digunakan tok buat blog yang mengutuk kerajaan….kenape ni? Bila susah…mintak bantuan kerajaan…bila nak sambung belajar apply university kerajaan…bila dah grade..nak cari kerja….minta kerja ngan kerajaan..malah ada yang berkeinginan nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik…..kerja kat JAKIM…ha…jadi guru pulak…bukan sume tu dari kerajaan yang memerintah ke????Kerajaan apa?????BARISAN NASIONAL kan??Bukannya PAS atau PKR kan? Apabila diberi amanah, khianat…ini adalah ciri- ciri orang yang ……………………..Bila AGAMA dipermainkan apalah makna kehidupan seorang hamba Allah….Bila kufur nikmat yang Allah berikan apalah ertinya hidup sebagai seorang muslim..Renung2kan lah…..

Sunday 19 April 2009

kerajaan Barisan Nasional gagal.....


Temubual bersama saudara MOHD HAFEZ SABRI, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)

Wartawan Mahasiswa Kini :Apa pandangan dan persepsi peribadi saudara sebagai anak muda dan mahasiswa terhadap kepimpinan baru negara iaitu Dato’ Najib Tun Razak?

saudara MOHD HAFEZ SABRI :Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada rakyat bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini, Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja, Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN.

Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan, membuktikan kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal, Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi, malahan remaja semakin rosak dengan budaya ’skin head’, ‘black metal’ dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak DS Najib, DS Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk Memperjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.

Wahai saudara MOHD HAFEZ SABRI....
Tidakkah anda berfikir sebelum anda bercakap sewenang-wenangnya mengenai isu di atas. Anda hanya melihat sedikit kelemahan yang di pihak kerajaan dan hati anda telah buta untuk menilai segala usaha dan kesungguhan kerajaan untuk membela nasib anak bangsa. Dan adakah anda tidak sedar bahawa anda mampu berdiri segah ini atas hasil usaha kerajaan yang anda hina dan kutuk selama ini. Di manakah nilai bersyukur dan berterima kasih di dalam diri anda sebagai seorang umat Islam?Jika disebut gejala sosial, bukan sahaja di ibu kota, malah di Kelantan selaku serambi Mekah sendiri pun berlaku gejala sosial dan remaja di Kelantan juga
meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal, malahan remaja Kelantan juga semakin rosak dengan budaya ’skin head’, ‘black metal’ dan sebagainya.Mengapa anda tidak mempertikaikan kegagalan Tok Guru Nik Aziz dalam mentadbir negerinya????Jika berlaku kesilapan di pihak kerajaan amnya atau Barisan Nasional Khasnya anda cepat melatah...tetapi jika ianya berlaku di sebelah pihak yang anda sokong...anda berdiam diri....Saudara...walaupun anda menafikan anda PARTISAN...tapi realiti sebenarnya anda tidak telus....

Friday 17 April 2009

welcome