Sunday 19 April 2009

kerajaan Barisan Nasional gagal.....


Temubual bersama saudara MOHD HAFEZ SABRI, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)

Wartawan Mahasiswa Kini :Apa pandangan dan persepsi peribadi saudara sebagai anak muda dan mahasiswa terhadap kepimpinan baru negara iaitu Dato’ Najib Tun Razak?

saudara MOHD HAFEZ SABRI :Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada rakyat bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini, Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja, Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN.

Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan, membuktikan kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal, Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi, malahan remaja semakin rosak dengan budaya ’skin head’, ‘black metal’ dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak DS Najib, DS Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk Memperjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.

Wahai saudara MOHD HAFEZ SABRI....
Tidakkah anda berfikir sebelum anda bercakap sewenang-wenangnya mengenai isu di atas. Anda hanya melihat sedikit kelemahan yang di pihak kerajaan dan hati anda telah buta untuk menilai segala usaha dan kesungguhan kerajaan untuk membela nasib anak bangsa. Dan adakah anda tidak sedar bahawa anda mampu berdiri segah ini atas hasil usaha kerajaan yang anda hina dan kutuk selama ini. Di manakah nilai bersyukur dan berterima kasih di dalam diri anda sebagai seorang umat Islam?Jika disebut gejala sosial, bukan sahaja di ibu kota, malah di Kelantan selaku serambi Mekah sendiri pun berlaku gejala sosial dan remaja di Kelantan juga
meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal, malahan remaja Kelantan juga semakin rosak dengan budaya ’skin head’, ‘black metal’ dan sebagainya.Mengapa anda tidak mempertikaikan kegagalan Tok Guru Nik Aziz dalam mentadbir negerinya????Jika berlaku kesilapan di pihak kerajaan amnya atau Barisan Nasional Khasnya anda cepat melatah...tetapi jika ianya berlaku di sebelah pihak yang anda sokong...anda berdiam diri....Saudara...walaupun anda menafikan anda PARTISAN...tapi realiti sebenarnya anda tidak telus....

No comments: