Tuesday 23 June 2009

bila dendam menguasai....

ana agak terkilan dan kesal teramat sangat dengan tindakan PAS. setelah mencadangkan Kerajaan Perpaduan dan diterima baik oleh UMNO atas dasar kebajikan rakyat..PAS pulak berdolak-dalih malah mengatakan UMNO memfitnah. persoalan yang timbul siapa fitnah siapa sebenarnya??seluruh Malaysia tahu "Kerajaan Perpaduan" diusulkan oleh siapa.bukan bermaksud UMNO lemah kerana ingin bergabung dengan PAS.sekiranya dipertimbangkan logik akal, UMNO tak perlu pun bergabung dengan PAKATAN PEMBANGKANG untuk mentadbir negara. Sebenarnya atas dasar kasihan dan ingin menjaga kebajikan rakyat terutamanya di Kelantan yang agak kurang pesat membangunlah UMNO dengan hati yang terbuka menerima usul tersebut.Atas dasar perpaduan dan kerjasama jugalah UMNO menerima PAKATAN PEMBANGKANG.Tapi nampaknya NIK AZIZ sendiri lebih mementingkan sebab peribadi berbanding kebajikan rakyat.NIK AZIZ lebih gemarkan perpecahan berbanding penyatuan sedangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 103 Allah telah berfirman yang bermaksud:
" Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."
Sekiranya dasar PAS adalah untuk berdakwah, kenapa tidak digunakan peluang ini???Kenapa NIK AZIZ masih berdendam kerana NIK ADLI ditahan ISA dan HUSAM kalah dengan NASHARUDIN.Marah dan dendam benar NIK AZIZ....kalah dengan api dendam syaitan.Maka bergembiralah syaitan kerana berjaya menggagalkan usaha merapatkan silatulrahim sesama ummah malah kejayaan syaitan dibantu oleh golongan yang dipandang mempunyai benteng keimanan yang kukuh.Memang betullah syaitan telah menghantar komandonya...
Ana kesal perkara ini terjadi disebabkan oleh pendirian yang tidak kukuh..kenapa mesti gentar dan tunduk dengan ANWAR dan DAP???Apa ulama sudah tiada prinsip hidup sehingga sewenang-wenangnya diadu-domba oleh golongan ini?Pada tahun 1976 NIK AZIZ pernah berkata perpaduan adalah satu nikmat yang besar.Tapi apa yang berlaku sekarang???NIK AZIZ sendiri telah menghancurkn usaha ke arah perpaduan dek hasutan orang-orang ANWAR yang berada disekelilingnya..HUSAM,ANNUAL BAKRI dan ARIF menantunya yang mahu melaksanakan agenda perpecahan yang dimahukan YAHUDI berlaku di Malaysia.Jika usaha untuk kebaikan sampai bila pun NIK AZIZ akan GAGAL membela nasib pengikutnya.Allah telah berfirman dalan Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka"
Perkataan "apa" yang ada dalam ayat tersebut boleh ditafsirkan sebagai hati..jika manusia tidak merubah apa yang ada di dalam hati mereka maka Allah tidak akan merubah keadaan mereka.Perkara yang terkandung di dalam hati boleh dikaitkan dengan niat,perasaan negatif termasuklah dendam dan hasad dengki.
Mengapa NIK AZIZ memilih perpecahan dan menolak perpaduan??Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rad ayat 21 yang bermaksud:
" Dan orang-orang yng menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan*,dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk"
* iaitu mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan.

Di Pakistan sudah meletup, Iran tengah merusuh, Indonesia tengah huru-hara, Thailand sudah ditembak dengan kejam di dalam masjid, Afganistan dan Iraq telah lebur terkubur..hanya MALAYSIA bakal menjadi sasaran seterusnya..mereka mahu kita terus bergaduh sedangkan yang beruntung adalah DAP dan penyokong YAHUDI.Mahukah kita terperangkap dengan percaturan yang mereka aturkan????Jika tak mahu mengapa terus memilih untuk bekerjasama dengan golongan yang jelas menentang Islam????Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 80 yang bermaksud:
"Kamu melihat kebanyakan mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir(musyrik).Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaaan Allah kepada mereka;dan mereka akan kekal dalam siksaan"
Jika ayat ini tidak mendatangkan kegerunan kepada golongan yang berkenaan, ana rasa lebih check semula apa yang ada pada niat diri.Bekerjasama dengan golongan yang jelas mengancam Islam dan mempersendakan Islam amat besar akibatnya.Menjadi penghalang kepada perkara kebaikan adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang ulama jika memang benar dia memikirkan kesejahteraan ummah.

Justify Full

Monday 22 June 2009

kalau nik aziz tak bersetuju???

slm....ana lihat NIk Aziz masih lagi main tarik tali dengan usaha murni mewujudkan kerajaan perpaduan..ana pelik..kenapa nik aziz dengan tanpa was-was sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi dengan UMNO...Nik Aziz seolah-olah berat hati...beginikah sikap seorang TOK GURU..telah terang dan jelas DAP dan PKR mempermainkan agama..apatah lagi dengan KARPAL yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan ANWAR dengan jelas mempermainkan agama Islam.Sudahlah dulu NIK AZIZ membiarkan sahaja orang bukan Islam mempergunakan ayat Al-Quran.Sedangkan di dalam Surah An-Nisaa ayat 140 Allah telah berfirman yang bermaksud :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir) maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain.Kerana sesungguhnya(kalau kamu berbuat demikian),tentulah kamu serupa dengan mereka.Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan kafir di dalam Jahanam"
Adakah NIK AZIZ dan pimpinan PAS yang lain lupa akan ayat ini????Adakah NIK AZIZ masih ingin mengulangi kesilapannya kali ini????
Seharusnya apabila diajak untuk bersama menjaga kebajikan oleh saudara seagama, NIK AZIZ menerimanya dengan hati yang terbuka.Adakah NIK AZIZ telah dibutakan hatinya malah tidak segan silu bersekongkol dengan DAP dan PKR. NIK AZIZ masih memikirkan dendam lamanya terhadap UMNO malah sebenarnya jika NIK AZIZ terus bersikap begini dia mengorbankan kebajikan rakyat kerana hal peribadinya.Malah kerana dendam itulah NIK AZIZ sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR sekaligus menjadikan dua golongan ini sebagai penolong perjuangannya sedangkan di dalam Surah An-Nisaa juga Allah telah berfirman dalam ayat 138 dan 139 yang bermaksud:
"Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih...iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min.Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah"
Jika dengan ayat ini pun NIK AZIZ lupa, di manakah kredibiliti NIK AZIZ sebagai TUAN GURU????Adakah NIK AZIZ lupa ayat ini?????Jika NIK AZIZ masih terlupa, dalam surah yang sama, ayat 144 Allah turut menegaskan sekali lagi:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min.Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyiksamu??"
(wali jamaknya auliyaa:yang bererti teman karib,juga bermaksud penolong atau pelindung)

Apabila diajak ke arah kebaikan sepatutnya sokongan sepenuhnya yang diberi.Bukannya keraguan dan syak wasangka diberikan. Di dalam Islam sendiri kita diajar untuk bertolong-tolongan di dalam perkara kebaikan.Di dalam Islam sendiri kita diajar untuk untuk tidak berpecah-belah. Jika berterusan begini sampai bila pun penyatuan itu takkan berlaku sedangkan dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 103 Allah telah berfirman yang bermaksud :
"
Dan berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"
Tujuan kerajaan perpaduan ditubuhkan adalah untuk menyatukan rakyat yang ada di Malaysia ini. Jika NIK AZIZ berterusan begini, sukakah NIK AZIZ rakyat Malaysia terus dalam keadaan berpecah-belah???Itu bukan sikap TUAN GURU yang baik.TUAN GURU yang baik menyukai kebaikan untuk manusia bukannya terus membawa dendam tua.
Ana harap, NIK AZIZ dapat berfikiran waras dan tidak membantu golongan yang bakal menghancurkan agama dan mempermainkan agama untuk menjadi pemimpin.Jika tidak....akan berterusanlah ANWAR akan mempersendakan ISLAM dan KARPAL menentang Islam. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Mai'dah ayat 57 yang bermaksud:
"
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan"
Ayat ini telah jelas dan sekiranya NIK AZIZ masih alpa dan taksub dengan dendam lama,maka NIK AZIZ tidak layak untuk dipanggil TUAN GURU atau TOK GURU.....Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti............


Friday 19 June 2009

apa lagi yang Nizar nak???

Hari 19 Jun 2009 kita kembali menyaksikan kisah seorang hamba yang masih lagi tidak dapatmenerima ketentuan Ilahi..Malah melanggar arahan pemerintah.Pada hari ini Nizar sekali lagi memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada jam 3.30 petang tadi berhubung pengisytiharan Dr.Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 22 Mei yang lalu.Ana rasa Nizar memang telah mencapai tahap yang kronik sehingga sanggup melanggar arahan pemerintah.Dengan segala tindak-tanduk yang Nizar lakukan menunjukkan bahawa beliau memang seorang yang ingkar dan tidak dapat menerima hakikat. Di dalam Al-Quran, Surah An-Nisaa ayat ke 59 ada menyatakan :


yang membawa maksud :Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah( Al-Quran) dan Rasul ( Sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.Yang demikian lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Jika dihayati maksud ayat ini telah jelas perintah Allah untuk mentaati perintah pemerintah selagi ianya mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Jika ada perbezaan pendapat kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah di mana disyorkan melakukan musyawarah...setelah dilakukan nyata Nizar masih juga tidak dipersetujui untuk menjadi MB.apa lagi yang Nizar nak?Apa yang Nizar lakukan hanyalah untuk menyusahkan rakyat dan memeningkan kepala rakyat...bukannya untuk kebaikan rakyat..Allah telah menentukan siapa yang layak menerima amanat tersebut...

Thursday 18 June 2009

Sape Firaun?????

salam perjuangan..
satu lagi petunjuk bahawa PAS memang dah saywell dan mengalami kecelaruan minda..bukan saja pada diri NICK AREJIZS...tapi juga pada diri anak buahnya " Nasrudin Hassan".Elok sangatlah menghina saudara sesama agama semata-mata nak meraih sokongan DAP yang terang-terang menentang matlamat PAS untuk mewujudkan daulah islamiah...Inilah padahnya jika terlalu suka sangat mengatakan orang lain kafir...tengok sekarang apa dah jadi..bukankah dah berbalik pada diri sendiri tuduhan tu..walaupun bukan secara terang..tapi dengan cara menggadaikan darjat Islam itu sendiri..kenapa ni NICK???apa dah jadi Nestrude Dine???apa yang kalian pertaruhkan adalah agama dan bangsa....dah terang-terangan orang tu menentang Islam...takkan kalian masih buta lagi...budak sekolah menengah pun tau menilai apa yang telah terjadi pada PAS sekarang....tak malu ke???
apa rasionalnya sehingga sanggup menyamakan UMNO dengan Firaun...nak sangat ke UMNO jadi Firaun???dengan kuasa yang ada, kalau UMNO nak dah lama dah..tapi sebab UMNO bukanlah seperti yang anda fikirkan maka sampai sekarang anda masih hidup..masih mampu mengutuk dan menghina serta melabelkan orang...UMNO tak bunuh anda pun walaupun anda tak ikut apa yang UMNO hendakkan.UMNO ajak wat KERAJAAN PERPADUAN tak nak...itu untuk kemaslahatan bersama..fadilat untuk semua...ke arah kebaikan..tapi kerana EGO dan buta hati...semua dipandang sepi...siapa yang menyokong kerajaan perpaduan di dalam PAS digesa keluar parti..bukankah itu salah satu sikap FIRAUN???so..siapa yang FIRAUN sekarang ni????lu pikirlah sendiri...
ANWAR dan DAP yang terang-terang merosakkan kalian dijadikan rakan sebantal....nasihat ana kepada NICK AREJIZS dan NEST RUDE DINE...sudahlah..jangan berselindung di sebalik serban anda tu..kerana dengan serban itu anda akan menjerut diri sendiri.

Wednesday 17 June 2009

TGNA SayWeLL...

ana terkilan dengan sikap NA yang semakin hari hilang sikap seorang "tuan guru".Kenapa pulak sampai nak main halau-halau orang kuar parti.Ana pelik dengan makhluk yang seorang ni...memang dah termakan hasutan ANWAR AL-JUBURI agar terus kekal bersama dengan PKR and DAP. ana fikirlah...dah sampai tahapnya untuk NA letak jawatan...balik rumah jaga cucu je lah...daripada NA terus mengharu-birukan keadaan dengan keadaanya yang dah tak terurus akibat hasutan ANWAR AL-JUBURI, lebih baik get lost dari bidang politik ni. Mentang-metanglah dah kawan dengan geng komunis, terus nak mengaplikasikan komunisme dalam parti...kan dah terbukti pengaruh komunisme telah menjangkiti NA....betul tak?

Tuesday 16 June 2009

sapa kata tua-tua tak mampu?????


salam....haa..inilah yang ana nak tunjukkan kepada sahabat-sahabat semua..sahabat-sahabat nak tau kenapa Nik Aziz mulai menggemari pertumpahan darah???sebab...buktinya sudah jelas ditunjukkan dalam gambar ini...bila NIK AZIZ berkawan dengan ANWAR AL-JUBURI yang kuat menyokong komunis maka secara tak langsung pemikirannya dipengaruhi oleh pemikiran komunis..yalah..ANWAR kan pandai menghasut....segala tunjuk ajar daripada CHIN PENG diturunkan oleh ANWAR kepada NIK AZIZ...sapa kata si tua CHIN PENG tak mampu mempengaruhi orang lain????ni baru sedikit kesannya....belum lagi si tua CHIN PENG dibenarkan balik ke Malaysia...entah-entah..silap haribulan kita semua mati dibunuhnya.....secara perlahan-perlahan ideologi pembunuh kejam CHIN PENG disalurkan di Malaysia melalui ANWAR kepada NIK AZIZ....buat si komentar bernama RAZMAN MM..bukaklah mata hati anda tu....kenapalah kurang bijak sangat ni....
So, kalau sahabat-sahabat masih jugak nak CHIN PENG balik ke Malaysia.....memang nak serah nyawa anak bini bapak mak kakak adik abang anak sedara dan sebagainya..pada KOMUNIS kejam ni...

nantikan...

dari apa yang berlaku sekarang ni...ana dapat membuat satu kesimpulan...nantikan...

Sunday 14 June 2009

Siapa mahu Cin Peng?

Ana hairanlah kenapa masih ada orang yang masih menyokong ANWAR AL-JUBURI???Dan si ANWAR ni tak habis-habis nak bawa balik si Chin Peng tu balik ke Malaysia.Nampak sangat ANWAR AL-JUBURI dah ketandusan idea nak tawan Malaysia. dan nampak sangat ANWAR dah tak percayakan kekuatan balaci-balacinya sehingga terpaksa mengimport pemain luar untuk menjadi skuad penyerangnya.Bagi analah, siapa mahukan Chin Peng sememangnya dia seangkatan dan seperahu dengan ANWAR AL-Juburi. Sahabat-sahabat...takkanlah kita nakbiarkan komunis kembali menguasai negara kita. Kalaulah sahabat-sahabat nak atau setuju dengan pemerintahan komunis, sahabat-sahabat buatlah pemerhatian bagaimanakah keadaan rakyat yang berada di bawah sistem pemerintahan komunis.seandainya sahabat-sahabat sanggup, tak usahlah amik berat pasal apa yang ana tuliskan ni.....