Tuesday 23 June 2009

bila dendam menguasai....

ana agak terkilan dan kesal teramat sangat dengan tindakan PAS. setelah mencadangkan Kerajaan Perpaduan dan diterima baik oleh UMNO atas dasar kebajikan rakyat..PAS pulak berdolak-dalih malah mengatakan UMNO memfitnah. persoalan yang timbul siapa fitnah siapa sebenarnya??seluruh Malaysia tahu "Kerajaan Perpaduan" diusulkan oleh siapa.bukan bermaksud UMNO lemah kerana ingin bergabung dengan PAS.sekiranya dipertimbangkan logik akal, UMNO tak perlu pun bergabung dengan PAKATAN PEMBANGKANG untuk mentadbir negara. Sebenarnya atas dasar kasihan dan ingin menjaga kebajikan rakyat terutamanya di Kelantan yang agak kurang pesat membangunlah UMNO dengan hati yang terbuka menerima usul tersebut.Atas dasar perpaduan dan kerjasama jugalah UMNO menerima PAKATAN PEMBANGKANG.Tapi nampaknya NIK AZIZ sendiri lebih mementingkan sebab peribadi berbanding kebajikan rakyat.NIK AZIZ lebih gemarkan perpecahan berbanding penyatuan sedangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 103 Allah telah berfirman yang bermaksud:
" Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."
Sekiranya dasar PAS adalah untuk berdakwah, kenapa tidak digunakan peluang ini???Kenapa NIK AZIZ masih berdendam kerana NIK ADLI ditahan ISA dan HUSAM kalah dengan NASHARUDIN.Marah dan dendam benar NIK AZIZ....kalah dengan api dendam syaitan.Maka bergembiralah syaitan kerana berjaya menggagalkan usaha merapatkan silatulrahim sesama ummah malah kejayaan syaitan dibantu oleh golongan yang dipandang mempunyai benteng keimanan yang kukuh.Memang betullah syaitan telah menghantar komandonya...
Ana kesal perkara ini terjadi disebabkan oleh pendirian yang tidak kukuh..kenapa mesti gentar dan tunduk dengan ANWAR dan DAP???Apa ulama sudah tiada prinsip hidup sehingga sewenang-wenangnya diadu-domba oleh golongan ini?Pada tahun 1976 NIK AZIZ pernah berkata perpaduan adalah satu nikmat yang besar.Tapi apa yang berlaku sekarang???NIK AZIZ sendiri telah menghancurkn usaha ke arah perpaduan dek hasutan orang-orang ANWAR yang berada disekelilingnya..HUSAM,ANNUAL BAKRI dan ARIF menantunya yang mahu melaksanakan agenda perpecahan yang dimahukan YAHUDI berlaku di Malaysia.Jika usaha untuk kebaikan sampai bila pun NIK AZIZ akan GAGAL membela nasib pengikutnya.Allah telah berfirman dalan Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka"
Perkataan "apa" yang ada dalam ayat tersebut boleh ditafsirkan sebagai hati..jika manusia tidak merubah apa yang ada di dalam hati mereka maka Allah tidak akan merubah keadaan mereka.Perkara yang terkandung di dalam hati boleh dikaitkan dengan niat,perasaan negatif termasuklah dendam dan hasad dengki.
Mengapa NIK AZIZ memilih perpecahan dan menolak perpaduan??Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rad ayat 21 yang bermaksud:
" Dan orang-orang yng menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan*,dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk"
* iaitu mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan.

Di Pakistan sudah meletup, Iran tengah merusuh, Indonesia tengah huru-hara, Thailand sudah ditembak dengan kejam di dalam masjid, Afganistan dan Iraq telah lebur terkubur..hanya MALAYSIA bakal menjadi sasaran seterusnya..mereka mahu kita terus bergaduh sedangkan yang beruntung adalah DAP dan penyokong YAHUDI.Mahukah kita terperangkap dengan percaturan yang mereka aturkan????Jika tak mahu mengapa terus memilih untuk bekerjasama dengan golongan yang jelas menentang Islam????Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 80 yang bermaksud:
"Kamu melihat kebanyakan mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir(musyrik).Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaaan Allah kepada mereka;dan mereka akan kekal dalam siksaan"
Jika ayat ini tidak mendatangkan kegerunan kepada golongan yang berkenaan, ana rasa lebih check semula apa yang ada pada niat diri.Bekerjasama dengan golongan yang jelas mengancam Islam dan mempersendakan Islam amat besar akibatnya.Menjadi penghalang kepada perkara kebaikan adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang ulama jika memang benar dia memikirkan kesejahteraan ummah.

Justify Full

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

ulasan yang padat dan bernas...cuma terlalu rapatlah pada pendapat saya artikel saudari.

lebih baik jika dijauhkan sedikit ye..

salam perpaduan.

Bijen M. said...

nik aziz pon dah mula bersetuju..
tapi bila dibawa bincang bersama ahli pakatan akhirnya akur..
rupanya mereka lebih rela tunduk kepada anwar dan kit siang lebih dari takutkan tuhan..

http://bejahnz.blogspot.com