Thursday 4 June 2009

PKPIM bantah Chin Peng balik.....

Ana tertarik apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anwar Shazali yang menentang Chin Peng pulang ke Malaysia. Khairul Anwar Shazali mengeluarkan pendapatnya di dalam SIASAH.Khairul juga menyifatkan cadangan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia atas dasar kemanusiaan sebagai cadangan yang tidak berasas.
Ana terfikir....sepatutnya pihak yang menyokong kembalinya Chin Peng ke Malaysia harus malu dengan cadangan bodoh itu...ke mana hilangnya kewarasan dan kebijaksanaan insan yang kononnya bijaksini dan bijaksana itu..kerana politik sanggup mengabaikan keselamatan negara...sedangkan mahasiswa pun tahu berfikir..takkan orang tua tak pandai fikir kot.....

No comments: