Monday 22 June 2009

kalau nik aziz tak bersetuju???

slm....ana lihat NIk Aziz masih lagi main tarik tali dengan usaha murni mewujudkan kerajaan perpaduan..ana pelik..kenapa nik aziz dengan tanpa was-was sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi dengan UMNO...Nik Aziz seolah-olah berat hati...beginikah sikap seorang TOK GURU..telah terang dan jelas DAP dan PKR mempermainkan agama..apatah lagi dengan KARPAL yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan ANWAR dengan jelas mempermainkan agama Islam.Sudahlah dulu NIK AZIZ membiarkan sahaja orang bukan Islam mempergunakan ayat Al-Quran.Sedangkan di dalam Surah An-Nisaa ayat 140 Allah telah berfirman yang bermaksud :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir) maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain.Kerana sesungguhnya(kalau kamu berbuat demikian),tentulah kamu serupa dengan mereka.Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan kafir di dalam Jahanam"
Adakah NIK AZIZ dan pimpinan PAS yang lain lupa akan ayat ini????Adakah NIK AZIZ masih ingin mengulangi kesilapannya kali ini????
Seharusnya apabila diajak untuk bersama menjaga kebajikan oleh saudara seagama, NIK AZIZ menerimanya dengan hati yang terbuka.Adakah NIK AZIZ telah dibutakan hatinya malah tidak segan silu bersekongkol dengan DAP dan PKR. NIK AZIZ masih memikirkan dendam lamanya terhadap UMNO malah sebenarnya jika NIK AZIZ terus bersikap begini dia mengorbankan kebajikan rakyat kerana hal peribadinya.Malah kerana dendam itulah NIK AZIZ sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR sekaligus menjadikan dua golongan ini sebagai penolong perjuangannya sedangkan di dalam Surah An-Nisaa juga Allah telah berfirman dalam ayat 138 dan 139 yang bermaksud:
"Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih...iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min.Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah"
Jika dengan ayat ini pun NIK AZIZ lupa, di manakah kredibiliti NIK AZIZ sebagai TUAN GURU????Adakah NIK AZIZ lupa ayat ini?????Jika NIK AZIZ masih terlupa, dalam surah yang sama, ayat 144 Allah turut menegaskan sekali lagi:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min.Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyiksamu??"
(wali jamaknya auliyaa:yang bererti teman karib,juga bermaksud penolong atau pelindung)

Apabila diajak ke arah kebaikan sepatutnya sokongan sepenuhnya yang diberi.Bukannya keraguan dan syak wasangka diberikan. Di dalam Islam sendiri kita diajar untuk bertolong-tolongan di dalam perkara kebaikan.Di dalam Islam sendiri kita diajar untuk untuk tidak berpecah-belah. Jika berterusan begini sampai bila pun penyatuan itu takkan berlaku sedangkan dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 103 Allah telah berfirman yang bermaksud :
"
Dan berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"
Tujuan kerajaan perpaduan ditubuhkan adalah untuk menyatukan rakyat yang ada di Malaysia ini. Jika NIK AZIZ berterusan begini, sukakah NIK AZIZ rakyat Malaysia terus dalam keadaan berpecah-belah???Itu bukan sikap TUAN GURU yang baik.TUAN GURU yang baik menyukai kebaikan untuk manusia bukannya terus membawa dendam tua.
Ana harap, NIK AZIZ dapat berfikiran waras dan tidak membantu golongan yang bakal menghancurkan agama dan mempermainkan agama untuk menjadi pemimpin.Jika tidak....akan berterusanlah ANWAR akan mempersendakan ISLAM dan KARPAL menentang Islam. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Mai'dah ayat 57 yang bermaksud:
"
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan"
Ayat ini telah jelas dan sekiranya NIK AZIZ masih alpa dan taksub dengan dendam lama,maka NIK AZIZ tidak layak untuk dipanggil TUAN GURU atau TOK GURU.....Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti............


8 comments:

Godisuno said...

assalamualaikum,
satu posting yang baik. Saya juga selama ini berasa amat hairan dengan tindakan PAS. Pengalaman melalui tindak tanduk penyokong mereka membuatkan saya tertanya-tanya pegangan mereka. Sebagai contohnya Bapa saudara(bekas calon PAS) dan isterinya (bekas seorang ustazah) tidak pernah makan masakan daging di rumah ayah saya (penyokong UMNO) kerana mereka berpegang bahawa sembelihan orang UMNO haram kerana mereka kafir. Penyokong mereka juga tidak bersembahyang di masjid kerajaan di bawah UMNO kerana berpegang bahawa IMAM yang dilantik kerajaan di bawah UMNO juga bukan Islam. Andai kata mereka tidak bersembahyang di masjid PAS(yang paling utama di masjid Haji Hadi) maka mereka sanggup tidak sembahyang JUMAAT (mungkin mereka patut ditarbiah semula oleh guru-guru mereka). Kalau anak orang PAS berkahwin dengan anak orang UMNO, maka akad nikahnya terpaksa dilakukan dua kali. Pertama dengan kadi Kerajaan bawah UMNo untuk mendapatkan sijil nikah (tetapi tidak sah) dan yang keduanya dengan kadi PAS (baru sah). Hairannya kenapa pula boleh mengahwini anak orang UMNO ( kalau benar mereka kafir?) mungkin sebelum kahwin anak orang UMNO ini perlu melalui proses pengislaman semula yang hanya diketahui oleh orang PAS sahaja. Renungkanlah.

pedang srikandi said...

salam Godisuno..
benda ni lah yang kita mesti hapuskan...seorang hamba tidak berhak menuduh hamba yang lain kafir...

bumblebee said...

itu lah akibatnya sekiranya ulama sendiri mengejar kuasa..
dan pabila ulama itu sendiri tidak mampu bersihkan diri dari penyakit hati..
adoi la.. inikan pula ulama yg dah punyai gelaran tok guru..

- it will be nice if u put some picture there.. :)

YANG GAMBI said...

Kerana terlalu riak dengan sanjungan masyarakat Islam, maka tok-tok guru dalam PAS lupa segala-galanya sehingga Allah meonjolkan sifat-sifat munafiknya......

SERATAH said...

Berimamkan orang dalam barisan tak boleh, sembelihan orang barisan tak boleh dimakan, itu semua betul memang tak boleh dinapikan kerana.

Imam misti dihadapan tidak sebaris
dalam barisan, sembelihan orang barisan pon sama kalau samivelu yang sembelih mana boleh makan sebab samivelu orang barisan.

Ini lah ceramah yang diutarakan dulu oleh penceramah Pas tetapi dia tidak huraikan seperti yang seratah huraikan.

orang yang mendengar terus terima apa yang diceramahkan, itu semua adalah taklik sahaja. seperti ada ustaz dalam selorohnya, bertanya kapada salah saorang muridnya kamu dah tau sembahayang ?, jawab muridnya dah tau, ustaz pon kata kalau dah tau tak payah lah sembahyang. Apa maksudnya ?.

Maksudnya kalau dah tau sembahyang
tak susah nak sembahyang sebab semua dah tau rukun 13.

Tapi kalau tak dijelaskan, orang yang mendengarnya kata-kata ustaz itu kalau dah tau sembahyang tak payah sembahyang., terus ambil dan amalkan, tak sembahyang kerana dah tau sembahyang.

Ini lah amalan dalam Pas berceramah
tak jelas sahingga ada yang tidak mengaku anak dan sebagagai, mereka tanggonglah nanti.

Godisuno said...

SERATAH,
benar seperti yang anda katakan. PAS bermain-main dengan kata. Menyukarkan apa yang mudah dengan menggunakan Bahasa yang mempunyai lebih dari satu makna.

Persoalannya, jika pengikut mengikut dan mengimani apa yang dikata oleh pemimpinnya, salah siapa?,dosa siapa?

Atau mungkin pemimpin tidak tahu apa yang berlaku dikalangan pengikut? jika ini benar maka pemimpin itu buta.

Memang benar ceramah PAS penuh adu domba. Kalau didengar ceramah Mat Sabu contohnya, dari awal sampai akhir hanya mengata sahaja. Sehingga naik malu mendengarnya kerana dirinya dikatakan ISLAM sedangkan perlakuannya bukan dari oral ISLAM.

Saya hanya mengharap keikhlasan dikalangan pemimpin PAS yang menganggap mereka Ulama. Tapi mungkin mereka terlupa, Ulama itu didampingi Syaitan yang lebih halus dan kuat godaannya.

pedang srikandi said...

salam sahabat,
Ana try letakkan gambar ek..cuma wat masa ni ana bz sket..tma kasih di atas cadangan itu..salam ukhuwah

SERATAH said...

Layari blog seratah untuk nak tau apa kata Anwar semasa dalam kerjaan
dulu.

http://seratah.blogspot.com