Tuesday 9 June 2009

1 Malaysia : Ketabahan



Apabila DSN dilantik menjadi PM pada April lalu beliau telah mewujudkan konsep Satu Malaysia untuk dijadikan tulang belakang sistem pemerintahan Malaysia.Untuk itu, Dato’ Sri melalui laman blognya 1Malaysia, telah menghuraikan lapan (8) nilai (atau prinsip kendiri) yang perlu dihayati dan diterokai. Lapan nilai itu ialah budaya kecemerlangan (seperti dalam amalan bekerja dan sikap), ketabahan (dalam mengharungi cabaran), rendah hati (atau tawadhuk dan tanpa riak), penerimaan (bersyukur ke atas apa yang diperolehi), kesetiaan (patuh dan akur, tetapi bukan secara membuta tuli), meritokrasi (pertimbangan mengikut prinsip kelayakan, tetapi perlu disesuaikan dengan situasi dan kondisi negara), pendidikan (berilmu, tetapi menjaga kepentingan semua), dan integriti (jujur dan benar, serta sanggup mengakui kelemahan diri). Kelapan-lapan nilai atau ciri ini adalah merupakan pengisian pada 1Malaysia.

Ketabahan ( dalam mengharungi cabaran)
Ana ingin mengajak sahabat-sahabat ana berfikir mengapakah nilai ketabahan ini diletakkan di tempat pertama di antara-antara nilai yang ada di dalam konsep satu Malaysia. Jika mengikut naluri kemanusiaan yang ada dalam setiap insan, majoriti akan meletakkan perkara yang paling penting sebagai perkara pertama di dalam apa jua konsep. Sebenarnya jika kita perhatikan nilai ketabahan yang ada di dalam konsep Satu Malaysia kita akan dapat mengetahui bahawa ianya amat dekat di hati setiap insan dan ianya berkait rapat dengan sabar..bagi pandangan ana jika seseorang itu bersabar maka dia sebenarnya tabah menghadapi cabaran yang menimpanya. Kita kena yakin bahawa kita tidak akan diuji dengan sesuatu perkara jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Kita juga kena sedar jika tiada nilai ketabahan dalam diri individu maka akan hancur musnahlah segala harapan dan impian malah boleh merosakkan individu itu sendiri. Contohnya, jika seseorang itu tidak tabah menghadapi masalah putus cinta, gagal exam, hajat tak kesampaian dan apa jua perkara sedih yang seangkatan dengannya maka dia akan melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri malah yang paling sadis sampai membunuh diri. Ana tak mau perkara ini berlaku dan ana pasti sahabat-sahabat pun rasa begitu. Ye tak???

“Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah?" Dia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” Surah Yusuf ayat 90.

Jika kita lihat maksud ayat ini, dengan jelas kita akan mengetahui bahawa barang siapa yang bertakwa dan bersabar dalam erti kata lain tabah dalam menghadapi dugaan maka Allah tidak akan menghilangkan pahala-pahala orang-orang tersebut. Semakin tabah seseorang itu menerima dugaan dan cabaran daripads Yang Maha Esa, semakin tinggi keimanannya. Inilah yang ingin ditekankan oleh DNS di dalam konsep satu Malaysia. Ini dapat kita lihat pada apa yang berlaku kepada pihak kerajaan yang selalu menerima cacian dan penghinaan dari pakatan pembangkang. Tapi pihak kerajaan dengan tenang dan santainya menerima dan menyambut apa saja dugaan yang datang dari pihak pembangkang. Tapi kita dapat lihat perkara yang sebaliknya berlaku kepada pihak pembangkang. Kena test sikit je, dah mula buat kerajaan bawah pokok, mogok lapar dan sebagainya. Ini sebagai contoh je...

Ana suka membawa sahabat-sahabat berfikir tentang nilai ketabahan ini. Sebenarnya nilai ketabahan ini perlu ada dalam diri, masyarakat mahupun institusi dan yang terakhir sekali negara.Kalau sahabat-sahabat perasan, nilai ketabahan ini telah wujud dari dulu lagi...sebelum merdeka lagi..malah semenjak diciptakan Nabi Adam lagi...

Kalau dari aspek politik ana ingin mengimbas kembali bagaimanakah keadaan Tanah Melayu ini sebelum merdeka. Cuba sahabat-sahabat bayangkan...betapa tabahnya pemimpin-pemimpin Tanah Melayu berhadapan dengan penjajah yang sebenarnya tidak pernah mahu memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ketika itu. Kalaulah pemimpin kita pada ketika itu cepat melatah dan tidak tabah menghadapi dugaan dan halangan TIDAK MUNGKIN kita akan dapat apa yang kita nikmati sekarang ini. Dan kita perlu sedar bahawa bukannya mudah untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang kini mampu berdiri dengan gah-nya jika tiada sifat tabah dan sabar di dalam kita. Kita kenang kembali pejuang dan srikandi kita yang terkorban demi mempertahankan negara...cuba sahabat-sahabat fikir....kalaulah mereka ini tiada sifat tabah dan sabar dalam diri mereka adakah mereka sanggup berkorban demi negara?????Sudah tentu tidak.....Then kita tengok pulak kemelut politik yang melanda negara kita..bukan calang-calang orang yang boleh berhadapan dengan situasi ni...bak kata orang “Kalau kail panjang sejengkal, usah mengail di laut dalam”. Sedangkan nak uruskan keluarga pun berat apatah lagi nak uruskan negara yang didiami pelbagai rakyat yang mempunyai pelbagai karenah...
Selain dari aspek politik cuba kita renung kembali krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1998. Jika pemimpin kita tiada sikap tabah dan sabar dalam menangani isu tersebut kita tidak mungkin akan dapat melalui zaman yang menguji kesabaran itu dengan jayanya. Cuba sahabat-sahabat bayangkan..kalaulah ketika itu pemimpin negara kita cepat menggelabah dan panik tentu kita akan mengalami nasib seperti negara jiran kita yang sehingga kini masih berhutang dengan Bank Dunia.Heee....ana tak sanggup.. Kerana sikap tabah dan sabar itulah pemimpin kita membuat percaturan pintar menggunakan kempen INFLASI SIFAR. Masih ingatkah sahabat-sahabat peristiwa itu???? Selain dari itu ana puji sikap rakyat Malaysia yang tabah dan sabar semasa isu kenaikan harga minyak. Walau pun ana sedar keadaan ketika itu agak panas sehingga ada pihak yang menagmbil kesempatan, tapi berkat ketabahan dan kesabaran, sekarang keadaan kembali stabil. Betul tak??Apa yang penting..kerjasama...
Fuh...penat gak mengarang panjang-panjang ni....tapi tak pe..asalkan sahabat-sahabat sanggup membacanya...ni yang last tok hari ni...kita tengok pulak macam mana nlai ketabahan ni kita boleh lihat dari aspek sosio. Sebenarnya kalau nak diceritakan kat sini...panjang bab sosio ni..tapi tak pe..ana ringkaskan...Kita lihat dari segi hubungan di antara masyarakat majmuk di negara kita...sahabat-sahabat..bukan senang nak jaga hubungan dengan pelbagai bangsa..tambahan pula masing-masing ada adat dan budaya masing-masing...tanpa ada sikap ketabahan dan kesabaran mana mungkin kita dapat mewujudkan hubungan yang baik. Boleh duduk semeja, tinggal sebilik, bercakap dengan bahasa lain-lain....kalau tak tabah dan sabar memahami dan mempelajari bahasa dan budaya masing-masing..last-last macam ayam dan itik bercakap...tapi Alhamdulillah..itu tidak terjadi.
Adoi....habis jugak akhirnya...walau apa pun...ana harap sangatlah agar sahabat-sahabat dapat memahami apa sebenarnya yang tersirat di sebalik konsep 1 Malaysia ni..Untuk kebaikan bersama jugak...Ingat tau...nilai ketabahan itu amat penting dalam diri kita, masyarakat dan institusi serta negara...Ana mengundur diri dulu.....

8 comments:

Panglima Perang Cyber said...

MENARIK kupasan 1Malaysia tu!!!

satu lagi bagus ada lagu qasidah sebelah kiri blog di sini...

boleh dengar alunan merdu sambil baca kupasan dan minda pedangsrikandi di sini..

Unknown said...

kupasan menarik, biarpun kaki cedera tapi masih berjuang pedang srikandi

Unknown said...

salam,

terus berjuang srikandi

The Lying Eyes said...

teruskan perjuangan anda... mohon diizin hasil tulisan anda disiar dalam blog saya

sanggah said...

Salam perjuangan....Kalau berjuang kepentingan diri diketepikan. Teruskan usaha murni srikandi. Moga apa yang dsampaikan akan difahami dan diambil iktibar.

PUTRA MERDEKA said...

salam sri..
semoga diberikan kekuatan dalam menulis sesuatu kebenaran demi kesyumulan agama, kedauatan bangsa, dan keutuhan negara.
terima kasih

pedang srikandi said...

salam sahabat2 yang sudi menziarah
ana ucapkan tma kasih banyak2....semoga perjuangan kita sampai ke akhirnya...TAKBIR!!!!!

sanggah said...

Satu Malaysia, satu bangsa yang merdeka....perjuangan untuk bangsa, agama dan negara tercinta. Moga kecederaan di kaki tidak melemahkan semangat sri untuk terus menghujahkan kebenaran.