Monday 8 June 2009

PAS di SARAWAK???????

HarakahDaily

Pemimpin diminta kerap turun ke Sarawak
Nyza Ayob
Sat | Jun 06, 09 | 6:17:49 pm

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Sarawak, Abang Edee Abang Fauzi menggesa agar kepimpinan PAS meneruskan perjuangan dengan memperluaskan dakwah khususnya di kawasan pendalaman negeri bumi Kenyalang ini

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden, mengalukan kedatangan kepimpinan PAS serta Setiausaha Agung PAS ke Sarawak yang sebelum ini jarang dapat dilihat di negeri tersebut.

"Sudah empat tahun kita dapati 'batang idung sik nampak. Kita menegur kepimpinan ini disebabkan kita sayang kepada pemimpin," katanya.

Beliau turut menekankan agar PAS mengambil berat tentang pembahagian kerusi dalam pilihan raya di Sarawak kerana sebagai sebuah negeri yang mempunyai bilangan Dun yang terbanyak serta lebih 60 peratus penduduknya beragama Islam, sudah sampai masanya PAS meletak lebih ramai calon.

Jelasnya, menang atau kalah bukan perkara utama tetapi penyertaan lebih banyak kerusi PAS dalam pilihan raya umum di Sarawak akan dianggap sebagai duta penyelamat rakyat Sarawak yang selama ini dizalimi BN.

"Tidak relevan jika di Sarawak PAS hanya bertanding tiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum akan datang serta jangan abaikan harapan rakyat yang ingin sebuah parti penyelamat kepada mereka. Sarawak merupakan 'hutan simpan' bagi Barisan Nasional.

"Dakwah adalah mekanisme asas yang penting dalam harakah Islamiyah. PAS Sarawak menyeru kepada pimpinan Pusat untuk kali kedua selepas Muktamar PAS yang lalu untuk bersama-sama mengukuhkan program dakwah. Kewujudan isntitusi pendidikan sekular yang diasaskan Sisters in Islam serta pendakyah Kristian menjadi cabaran besar kepada PAS Sarawak. Justeru kami mendesak pimpinan hadir ke Sarawak bagi memberi tunjuk ajar khususnya dakwah serta menghidupkan institusi Islam di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Abang Edee turut menyatakan kebanggaan PAS Sarawak kerana setelah 13 tahun PAS bertapak di negeri itu, kewujudan pejabat Perhubungan PAS di Sarawak benar-benar membantu dalam mengurus tadbir PAS di Sarawak.

Salam perjuangan..kali ini ana nak mengajak sahabat-sahabat semua ke negeri bumi kenyalang..Jika sahabat-sahabat membaca artikel di dalam HARAKAH DAILY ini sahabat-sahabat akan dapat melihat bahawa wakil lumpuh PAS di Sarawak sedang menagih ihsan agar pemimpin PAS turun ke Sarawak...telah empat tahun pimpinan PAS tiak nampak batang hidung di SARAWAK..itulah maksud "Sudah empat tahun kita batang idung sik nampak". Ana bersimpati terhadap wakil PAS di Sarawak iaitu Abang Edee Abang Fauzi kerana terpaksa merayu..."Saudara Edee..logiklah sidak sik maok turun Sarawak sebab sidak tauk orang Sarawak nang sik maok ngan sidak"
Baru-baru ini ana baru balik dari Sarawak kerana ada urusan sedikit dan ana sempat berborak dengan penduduk tempatan Sarawak...tak kira Melayu, Cina, Melanau, Iban ataupun kaum lain...yalah...kita kena mempelajari banyak bahasa kan?? Ana sempat bertanyakan soalan tentang kedudukan PAS dan PKR di Sarawak..apa komen mereka????

1) Penduduk Sarawak masih percaya dengan pimpinan BARISAN NASIONAL dan sukar untuk mereka menerima parti lain.
2) Kawasan Barisan Nasional di Sarawak telah menunjukkan kemajuan dan pembangunan yang memberangsangkan.
3) Selagi kebajikan terjaga mereka akan tetap bersama Barisan Nasional.
4) Parti lain takkan mampu buat apa yang BN telah buat dan parti lain cakap tak serupa bikin.\

So ini adalah di antara pendapat dan pandangan mereka. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, walaupun telah 13 tahun PAS berada di Sarawak...namun PAS seperti tiada langsung di Sarawak.Agak menyedihkan..
Abang Edee jangan ingat hanya PAS sahaja yang boleh membanteras dakyah Sisters in Islam dan Kristianisasi...Abang Edee nampaknya telah lupa PAS sekarang bekerjasama dan berkompromi dengan beberapa parti pembangkang yang dalam masa yang sama menjadi tulang belakang gerakan SISTER IN ISLAM...Dari apa yang Abang Edee nyatakan tentang KRISTIANISASI dan SISTER AND ISLAM ini nampak sangat beliau tidak bergaul dengan penduduk tempatan kerana JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK sendiri sekarang sedang giat bergerak melaksanakan program untuk menyebarkan dakwah Islam malah menyelamatkan apa yang patut diselamatkan walaupun hanya sedikit yang perlu diselamatkan. Abang Edee telah lupa PROGRAM BERAMBEH yang dianjurkan oleh JAIS bagi tujuan ini..Abang Edee mungkin tidak tahu Persatuan Ibu Tunggal turut giat memperkasakan Islam di Sarawak..Mungkin Abang Edee tidak tahu bahawa bahagian Pendidikan Islam dan Moral negeri Sarawak telah lama menghantar pelajar Sarawak lepasan SPM ke Nilam Puri Kelantan untuk mengikuti kursus Bahasa Arab dan Asasi Pengajian Islam yang akhirnya akan kembali sebagai tenaga pengajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di Sarawak....dan mungkin juga Abang Edee telah lupa bahawa kebanyakan yang murtad atau pun melakukan aktiviti keagamaan terlampau malah ajaran sesat datang dari negeri asal PAS dan negeri-negeri yang berada di bawah jajahan PAS..Abang Edee telah lupa semua itu...Abang Edee fikir hanya PAS saja yang layak buat semua tu....negeri sendiri tak terjaga ada hati nak suruh PAS jaga Sarawak...Apa hanya PAS sahaja yang boleh membangunkan institusi ISLAM????
Abang Edee...tak baik memfitnah Barisan Nasional menzalimi rakyat Sarawak...apa Abang Edee buta mata sehingga tidak mampu melihat pembangunan di Sarawak???Ana rasa Abang Edee ni tidak bergerak menjelajah Sarawak gamaknya....dan hanya duduk bersama kelompoknya sahaja..Kalaulah Barisan Nasional menzalimi rakyat Sarawak..takdelah Miri mampu menjadi bandaraya dan seterusnya Sibu bakal menyusul....
Biarlah Abang Edee nak kata Sarawak sebagai hutan simpan BARISAN NASIONAL...at least Sarawak ada kemajuan dari semasa ke semasa berbanding KELANTAN yang menjadi lubuk PAS..apa pun tarak..hanya kawaan BN je yang ada kemajuan..
Jadi buat ABANG EDEE..jangan malukan diri sendiri tau....keluaraga sendiri pun mintak bantuan kerajaan BARISAN NASIONAL ada hati nak lawan....kalo nak lawan mintaklah bantuan PAS....tak pun get lost from SARAWAK..
jangan berani nak rosakkan aliran dan fahaman politik di Sarawak!!!!!!!!!!!!




6 comments:

The Lying Eyes said...

salam,

let them know that PAS only playing with words.

mereka hanya akan pandang bila perwakilan mereka menangis ataupun mereka kena hamun depan muktamr tu.

Dah nyata dakwah bukan hnya dibahu PAS. Kerajaan telah lama melakukan dakwah. Jangan mainkan agama hanya ingin mencapai keinginan politik.

PAS bukalah mata. Bukan kami sokong 100% kerajaan but PAS kena jugak lihat dalam diri mereka sendiri.

Apakah selama ini mereka benar seperti yang lidah mereka lafazkan?

Satu persoalan

AntiAnwarDAP said...

BILA ISLAM DIPOLITIKKAN DEMI KUASA DAN PANGKAT..SEGALA KEBAIKAN ORANG LAIN DITUTUP RAPAT..APER YANG PERNAH DILAKUKAN SEMUANYA HILANG SEKELIP MATA..

TAAVEEKUN PERAK said...

Ulama' PAS Ni Cakap Berbelit2. Itulah Menyebabkan Pengikutnya Sesat. Ulama' PAS Melebihkan KUASA Berbanding AGAMA. Agama Digunakan Untuk Mencapai Pengaruh Politk Semata2.

Anonymous said...

SALAM ZIARAH
PAS CAKAP X SERUPA BIKIN!. PAS BAGAIKAN BARU TERTELAN PIL ECSTASY. LALOK SEKEJAP2. HARI NI CKP LAIN, BESOK CKP LAIN,LUSA CKP LAIN.

PAS MMG PARTI HAM'PAS'..PARTI YG TAK BERMATLAMAT! KEHKEHKEH

The Lying Eyes said...

salam.

berwajah baru... menarik.. keep up the good works sis...

sanggah said...

Agama dijadikan modal loncatan untuk menarik perhatian orang ramai. Semua itu sudah lapuk dan cara itu sudah berpuluh tahun digunakan. Takkan la sesiapa yang ikut PAS dijamin sepenuhnya masuk syurga. Mana ada manusia yang tidak ada membuat dosa. Even di kalangan golongan ulama pun ada melakukan kesilapan. Ya Allah, kenapalah mereka menggunakan agamaMU sebagai alasan untuk memporak-peranda dan memecah-belahkan rakyat. Sudah habis ikhtiarkah mereka sehingga menjadikan agamaMU yang suci ini sebagai landasan memperluaskan pengaruh.