Wednesday 10 June 2009

pulak dah

Di dalam www.harakahdaily.net Dato' Mustafa Ali menggesa agar isu Kerajaan Perpaduan dihentikan segera sama ada di pihak PAS atau pun Pakatan Pembangkang. Hai..apa ni Mustafa...takut rakan seperjuangan tu kecik hati ke????Hurm...ni memang sah menggadaikan agama betul la..Masih sanggup nak bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menyokong penubuhan SIS..kerana politik isu agama diketepikan. Dan ana tak tahu apa dah terjadi dengan NIK AZIZ sekarang ni..sepatutnya dia yang kononnya menjad ikon pemerntah Islam ( ye ke?) tak mungkin akan bersetuju untuk bergabung dengan DAP dan juga PKR...apa Nik Aziz tak tahu ke sekarang ni dia sedang diperkudakan oleh DAP dan PKR....Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris....tapi Nik Aziz tak sedar bahawa dia sendiri adalah kambing tua yang bila-bila masa sahaja akan disembelih oleh DAP dan PKR.



13 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam sri,
saya pon fikir gitu, ada saya coretkan dalam post saya yang terbaru 'melayu bersatulah' kalau ada masa jengok ler..
doa yang baik...
tq

The Lying Eyes said...

inilah yg dinamakan lidah bercabang....

hakimi mahmud said...

salam kunjung.. SATU MALAYSIA mahu menonton ini
http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA

sanggah said...

Nakkan kuasa..maruah digadai, bangsa sendiri disadai entah mana2, agama dah mula nak diabai...dah kena jolok mula tergapai-gapai mintak tolong. Inilah yang dikatakan PAS mudah lupa. Bila pakai serban bukanlah melambangkan dia serba serbi sempurna. Harapkan janggut nampak 'smart', rupanya 'smart' tapi gadai agama dan bangsa sendiri.

Unknown said...

Salam Saudari, sy rasa saudari ni begitu taksub. Senang2 mengatakan PAS menggadaikan agama dengan bersekongkol dengan DAP yg terang2an menyokong SIS. Bagaimana pula pendapat saudari tentang Tun Dr Mahathir yg juga mnyokong SIS?

Maka, boleh la kite membuat deduksi sebegini
DAP menyokong SIS
Tun M mnyokong SIS
Maka, Tun M adalah DAP

Setuju?

Dan tahukah saudari, dalam organisasi SIS itu sendiri ada beberapa anak2 Pak Menteri yg bersekongkol mperjuangkan SIS. Antaranya Marina Mahathir dan isteri KJ, anak Pak Lah. Maka, UMNO itu sendiri lah yg mgadaikan agama dengan mpjuangkan SIS. Setuju?

sapien said...

PAS etap dengan dasar Islamnya. Berpadu dengan UMNO hanya kerana Islam. Tanpa mengikut dasar Islam yang berpandukan Al-Quran dan hadis maka terlerailah sebarang perpaduan. Itu kata dua TG Nik Aziz. Mana mungkin pisang berbuah dua kali.Dan saya bersetuju dengan Susan. Jangan jadikan pendirian yang menyokong yang membawa rebah.

sanggah said...

Andainya PAS dan UMNO bersatu...

GAP KEMBALI said...

salam...

posting terbaik daripada anda !

teruskan kaedah poster sebegini. pasti tikamannya mendalam !

gap dah promote dalam blog gap.

AbgTuah said...

salam..

Mustapa ni yang dikatakan ular dua kepala..

jebat_berani said...

asalamualaikum...
sedih sekali melihat blog dan penulisan saudari...

pada padangan saya saudari bukan lah oarang yang tidak ada ilmu agama..namum ilmu yang ada seolah-olah tidak mampu memimpin akal fikiran saudari dengan baik...

apa penting sangatkah memperjuangkan hak melayu?adakah suatu hari nanti bila dipadang masyar kita akan dikumpulkan mengikut kaum...bagaimanakah kita hendak mengaku umat nabi muhammad s.a.w sedangkan kita tidak sebangsa dengannya..

sikap perkauman dalam diri saudari sangat menebal..saya seorang melayu..tetapi saya tidak mementingkan semangat kemelayuan yang melampau...

yang paling penting adalah semangat menperjuangkan agama islam dari dihina oleh orang islam itu sendiri...

pekara ini semakin hari semakin menjadi-jadi kerana pimpinan kerajaan malaysia hari ini tidak menitik beratkan soal agama..buktinya mereka tidak mampu mengislamkan isteri-isteri mereka dengan benar--benar islam mengikut ajaran al-quran dan hadis

adakah saudari gusarkan pekara ini..saudari hanya bimbangkan hak orang melayu tetapi tidak agama yang saudari anuti yang semakin dihina hari ini....

pikir-pikirkan lah...jangan sampai perjuangan bangsa lebih penting dari memperjuangkan agama saudari.

SERATAH said...

Parti yang diatas kapada kekeciwaan
memang itulah pandangan pengikutnya, kenapa seratah menyatakan begitu, kerana Tuan Guru
Hj. Mohd Fuard, pengasas Pas merupakan pengerusi biro Agama dalam Umno, keluar Umno kerana kalah merebut Yang Dipertua Umno kapada Tengku Abdul Rahman dalam tahun 1951.

Menubuhkan parti atas kekeciwaan, bukan atas dasar perjuangan, ada pengikut Pas mendawa parti Pas ditubuh kerana Allah, jawabnya salah, Pas ditubuh kerana kalah.

Apabila berasaskan kapada itu, semua orang lain buat, cakap, laksana semuanya tak betul, kadang2 kita dengar puak2 ni berceramah dipentas menyatakan tentang Islam, sangat hebat, tetapi apabila dibuat siasat tentang latarbelakang penceramah tersebut, apa yang dikata tak sama dengan amalan sehariannya.

Kalau dipentas disebut oleh pengerusi majlis Ulamak, sedap telinga mendengarnya, tetapi semuanya wayang kulit.tapi bukan semuanya bagitu, ada yang betul.

Contuh macam jebat Berani tak sangup dihina oleh orang Islam tetapi sangup didengari penghinaan oleh orang bukan Islam, langkah mayat saya kalau Pas nak tubuh Negara Islam itu lah kawan Jebat Betrani.

Unknown said...

saya setuju sgt kalu UMNO n PAS bersatu padu sbb dua2 kan mmg mutlak parti yg diterajui oleh Bangsa Melayu...Ngapa nk bermusuh sesama sendiri??kan baik bermuafakat kan...Bile dah bersatu...parti2 pembangkang comfirm xkan duk diam nyelah...

pedang srikandi said...

salam JEBAT BERANI
kalau anda sedih..ana lagi sedih..sedarkah anda bahawa pihak yang anda sokong itu sendiri menggadaikan agama?sedarkah anda bahawa PAS itu sendiri membiarkan ayat Al-Quran ditafsir sesuka hati oleh orang bukan ISLAM...anda tak sedar semua tu..memang ana memperjuangkan melayu dan dalam masa yang sama ana memperjuangkan Islam..adakah anda tidak dapat melihatnya...nyata pintu hati anda telah ditutup untuk melihat kenyataan.dan lagi satu..anda sudah buta mata untuk melihat bahawa sebenarnya PAS itu sudah lari dari perjuangan asal mereka...lu fikirlah sendiri...