Friday 1 May 2009

Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan Umno

Ini adalah petikan dari artikel yang bertajuk " Beza Muktamar PAS dengan Perhimpunan UMNO yang ditulis oleh Mohd Rashidi Hassan di dalam HARAKAH.Jikapun berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam PAS, jikapun pemimpin tertinggi PAS tewas dalam pertandingan, nescaya parti tidak akan pecah.Amalan dalam PAS cukup jelas. PAS tidak menolak hasrat atau menghalang sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding. Mereka yang bertanding bukannya hendak menonjolkan diri atau kepentingan peribadi.Calon-calon berhak menawarkan diri dan mengemukakan hujah secara rasional, apakah manfaat yang akan diperolehi PAS, jika perwakilan memilihnya sebagai pemimpin.Seperti amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada perwakilan Muktamar PAS, "pilihlah pemimpin yang berkualiti dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding harus tahu, mereka sebenarnya ada kualiti untuk dipilih sebagai pemimpin."Justeru, walaupun PAS akan menghadapi pertandingan dan pemilihan dalam Muktamarnya ke 55 ini, apapun keputusan, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin, PAS tidak akan berpecah, PAS akan tetap utuh dan terus mendapat kepercayaan rakyat.PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno.

Perkara ini memang ana tidak nafikan..kerana UMNO tidak akan sama sekali memberi ruang dan peluang kepada penghancur negara ( ANWAR IBRAHIM) untuk masuk campur dalam perhimpunan UMNO.Kerana apa?Kerana UMNO tidak rela disondol dan dilaga oleh ANWAR IBRAHIM seperti apa yang terjadi di dalam PAS sekarang...bayangkan kalau UMNO seperti PAS dan memberi peluang kepada RAJA SONDOL ini nescaya akan hancurlah negara tercinta ini..HUSAM menawarkan diri untuk bertanding kerana apa?kerana dia yakin bahawasanya dia sebenarnya ada kualiti untuk dipilih sebagai pemimpin di bawah didikan ANWAR IBRAHIM..Inilah yang cuba dibuktikan oleh Mohd Rashidi Hassan d dalam artikelnya..(apapun keputusan, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin, PAS tidak akan berpecah, PAS akan tetap utuh)..Tak perlu tunggu keputusan...PAS telah pun berpecah...kalau tak masakan Nik Abduh pun melenting......kesimpulannya...memang PAS takkan menjadi seperti UMNO kerana PAS telah didoktrinkan oleh ANWAR IBRAHIM.....kita lihat bagaimana PAS akan menjadi hamPAS akibat perbuatan ANWAR IBRAHIM...

No comments: