Friday 1 May 2009

Dewan ulama terdesak..tahniah erdogan..

Alahai..apalah nasib PAS sekarang..dah lah kena laga macam ayam....sekarang timbul pulak isu perebutan dua jawatan tertinggi...Menurut Datuk Mohamad Daud (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat beliau menyatakan dengan tegas Dewan Ulamak PAS telah menetapkan syarat agar Presiden dan Timbalan Presiden parti itu perlu dipilih daripada kalangan ulama.Bila melihat situasi ini ana rasakan memang betullah PAS ni betul-betul dah jadi ayam yang kena laga dalam reban ANWAR dan dalam masa yang sama kecoh dek serangan serigala ANWAR yang menyerang di luar reban...dapat dibayagkan betapa kecohnya ayam-ayam sekelian.
Menjelang murtamar PAS yang akan berlangsung di dalam masa terdekat ini pasti akan menjawab segalanya.Di dalam Utusan Malaysia, tersembul satu fatwa baru yang pasti ditentang habis oleh puak erdogan. Dewan ulama menegaskan bahawa dua jawatan tertinggi PAS iaitu presiden dan timbalan presiden mesti ulama.
Ini sudah jelas kelihatan bahawasanya kenyataan dewan ulama hanya dummy bagi menutup mulut-mulut erdogan yang mendapat sokongan penuh dari Anwar Ibrahim.
Walaubagaimanapun, kalaulah kenyataan dewan ulama ini diguna pakai, dua ulama yang menjadi pemimpin PAS nanti pasti dibonekakan oleh erdogen ini. Alamak..ayam dah bertukar jadi boneka pulak....memang satu proses tranformasi yang hebat yang hanya boleh dilakukan oleh ANWAR....Kerana itu, sehingga kini dewan ulama dan presiden PAS kini sudah nampak goyah dan banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan umat Islam..sudah jelas bahawa erdogan telah berjaya mensekularismekan PAS....PAS nyata telah hilang arah tujunya...Tahniah ANWAR..TAHNIAH PAS....jadi mahasiswa sekelian...ana menyeru kepada sahabat-sahabat jika ada yang jadi pengikut tegar golongan ini..kembalilah ke jalan yang lurus..Allah memberikan hak kepada semua hamba-Nya untuk masuk ke dalam jannah..Allah tidak pernah berjanji siapa menyokong PAS dijamin masuk syurga...hanya golongan yang menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya sahaja yang dijanjikan syurga..adakah orang yang tidak menyokong PAS tak boleh masuk syurga?????kalau begitulah fikiran sahabat-sahabat itu adalah zalim sahabat-sahabat kerana PAS hanya ada di Malaysia sahaja especially Kelantan...takkan orang Kelantan je masuk syurga? Orang Kelantan pun buat dosa gak..Umat Islam di tempat lain??? Di Palestin rakyatnya berjuang mati-matian tapi tidak menyokong PAS...so adakah mereka tak masuk syurga????Dalam rukun Iman dan Rukun Islam pun tiada termaktub Percaya Kepada PAS atau UNDI PAS masuk syurga....fikir-fikirkanlah sebelum sahabat-sahabat menjadi ayam yang bila-bila masa sahaja akan disembelih atau mati dilaga..Tukarlah presepsi sahabat-sahabat..jangan terlalu taksub.....

No comments: