Thursday 14 May 2009

JANGAN TAK BACA!!!!!!

IBN ISHAK MENULIS :Salam srikandi...
SRIKANDI MENJAWAB: Wa'alaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh IBN ISHAK

IBN ISHAK MENULIS :Hebat betul saudari mengarang butir kata - kata berteraskan ala - ala pendakwah sejati... Terima kasih yang tak terhingga diucapkan atas usaha tersebut...
SRIKANDI MENJAWAB: Pujian itu bukannya untuk ana ya ibn ishak tapi untuk Allah Yang Maha Besar yang telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian..Sebenar2 pujian hanyalah untuk-NYA.Lagipun usaha ana tu kerana ALLAH semata-mata dan bukannya untuk mendapat pujian dari anta...

IBN ISHAK MENULIS :Saya mengajak saudari merenung dalam2 dan sejauh yang boleh...
SRIKANDI MENJAWAB: Baiklah..ana nak merenung jugaklah ni...tapi jangan jauh sangat..nanti tersasar dari matlamat asal...

IBN ISHAK MENULIS :apakah benar BN itu pejuang bangsa dan agama? Malahan kes - kes rasuah terpalit dikalangan mereka sejak dulu mahupun kini?..
SRIKANDI MENJAWAB: Ya benar IBN ISHAK...memang benar...dan buktinya ada pada diri anta sendiri..jika BN tidak berjuang mempertahankan bangsa dan agama anta tidak akan mampu berkata selancang ini kerana anta telah pun dirantai leh petualang bangsa dan musuh Islam seperti di Palestin. Jika bukan kerana kerajaan BN anta tidak mungkin akan dapat menikmati apa yang anta ada sekarang..hidup bersama keluarga..bebas menunaikan solat di masjid2 mana pun yang anta suka..itupun kalau anta pergi berjemaah...Setandan buah pisang tak semuanya baik..begitu jugalah di dalam BN...tapi jangan anta jadikan isu ini sebagai modal utama untuk kerajaan BN. anta lupa ke dalam PAKATAN RAKYAT pun ada yang mereng jugak..PKR..ANWAR yang bernafsu songsang....PAS pula ada tokohnya yang memandang sepi apabila orang bukan Islam mempermainkan ayat AL_QURAN..rasa-rasanya kes ini lagi teruk berbanding isu yang anta bangkitkan untuk menembak BN.Isu agama yang kita persoalkan anta...adakah anta tak nampak atau sengaja buat2 tak nampak...

IBN ISHAK MENULIS :Apakah benar BN memperjuang nasib rakyat?.. Kemana hilangnya duit2 zakat?.. Setelah 50 tahun mereka memerintah, apakah mahasiswa2 Melayu diberi pelajaran percuma sedangkan perlembagaan memperuntukkan mahawsiswa tidak layak untuk diberi pinjaman?..
SRIKANDI MENJAWAB: Ana rasalah anta ni bukannya orang susah..ye tak? Kalau anta orang susah mesti anta tahu sebenarnya duit zakat ni terlalu banyak menyalurkan bantuan kepada rakyat dan pelajar serta mahasiswa khususnya. Kenapa ana rasa anta bukan orang susah…sebabnya anta tak tahu atau pun mungkin tak pernah pergi ke Pusat Zakat ataupun ke Baitulmal untuk meminta bantuan kewangan. Ana sebagai orang susah ana tahu mana nak carik bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian.Contohnya di Selangor sendiri. Anta boleh lihat di laman web Pusat Zakat Selangor ( Majlis Agama Islam Selangor) di zakat.com.my/mohon%20agihan/borang%20agihan%20pendidikan.pdf. Anta boleh minta bantuan di situ. Kalau anta tak minta, macam orang nak tahu anta memerlukan. Anta cuba apply…Insya Allah akan dapat..macam ana. Tak pe…orang tak tahu pun kalau anta apply…tak yah malu2. Dah orang susah ngaku je lah orang susah….Mahasiswa Melayu diberi pelajaran percuma???Memang sah anta ni manja…sedangkan diperuntukkan UiTM untuk orang Melayu pun puak2 anta dah bising kata Melayu ni dimanjakan..apatah lagi kalau diberi pelajaran percuma..makin bertambahlah modal anta and the gang nak kutuk kerajaan..ye tak?Anta…kira besyukur kerajaan bagi pinjaman kat anta..kalo tak..dah tentu orang tua anta gadai tanah,kerbau,lembu dan sebagainya supaya anta dan puak2 anta or anak2,sepupu sepapat anta dapat meneruskan pengajian.…ke anta ni salah seorang yang belum bayar hutang PTPTN??sebab tu sibuk bebenar pasal pelajaran free ni…anta..kalo nak dikatakan bantuan untuk pendidikan…dah banyak dah kerajaan bagi….ana bergaul dengan orang miskin..ana taulah….kerajaan bagi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAMP) semata2 nak bantu orang yang kurang berkemampuan…mesti anta tak pernah dapatkan…sebab tu anta tak tahu..buku teks percuma…yuran exam takde…bantuan pakaian seragam sekolah…pakaian seragam untuk kokurikulum…mesti anta tak pernah dapat itu semua sebab anta orang yang mampu..sebab tu sesedap oren jus dan penuh sarkatikus je anta berkata2..cuba bergaul dengan orang yang kurang berkemampuan…apa lagi yang anta nak???memang kufur nikmat betullah anta ni…

IBN ISHAK MENULIS :Apakah benar Anwar itu petualang bangsa seperti yang saudari gembar - gemburkan?..
SRIKANDI MENJAWAB: Ye..memang Anwar petualang bangsa. Bukan saja ana bependapat demikian…tapi ramai dah mula menyedarinya..hai..takkan anta tak melihat apa yang telah ANWAR lakukan pada NIK AZIZ DAN HADI..sampai kelam-kabut dewan ulama dikerjakan nya. NIK ABDUH DAN NIK AZIZ pun bertelingkah pendapat dek ANWAR DA DEVIL…diulangi ANWAR DA DEVIL…anak beranak boleh bergaduh.....jangan marah ye..ana tau anta penyokong ANWAR…anta ahli AFC..tampal sticker kat kereta or motor...gambar mak ayah belum tentu ada kat dalam dompet....

IBN ISHAK MENULIS :Marilah kita merenung dan berfikir... Jangan kita hanya enyalahkan sebelah pihak sahaja.. Dokongan Islam dan perjuangan nya harus di beri sokongan... Siapakah yang jelas perjuangan membela perundangan Alquran dan Assunnah?.. PAS atau UMNO?...
SRIKANDI MENJAWAB: Jom..kita merenung dan berfikir….eh…takdelah menyalahkan sebelah pihak..kita berbicara tentang 3 pihak..UMNO (BN), PAS dan PKR..UMNO memperjuangkan ISLAM tak pernah diberi sokongan. Malah dikutuk lagi ada..ade je yang salah kalau UMNO yang buat..tp UMNO tak pernah kutuk pun aktiviti keagamaan yang dilakukan oleh PAS..memang jelas dan nyata di dalam lagu PAS bertekad untuk membela perundangan Al-Quran dan As-Sunnah..tapi anta tengok apa yang terjadi sekarang…PAS pun dah kelam kabut kerana berebutkan kuasa..nak dapat sokongan punya pasal..tafsiran salah pun tak kisah…ini dah bukan membela namanya..ini mempermainkan namanya….

IBN ISHAK MENULIS :Pernahkah saudari terbayang, orang bukan Islam telah mula berjinak2 dengan Islam sedangkan 50 tahun pemerintahan BN tidak pernah berlaku??..
SRIKANDI MENJAWAB: Tak Pernah…sebab kat tempat ana dah tak perlu dibayangkan dah..memang dah berlaku dah pun...orang bukan Islam kat tempat ana dah lama berjinak2 dengan Islam dan mereka ikhlas mengamalkan ajaran Islam..bukan kerana politik..sampai sekarang dan kawasan ana kawasan BN tau..bukan PAS…dimaklumkan sekali lagi..bukan PAS..dan mereka tidak pernah berhujah sesuka hati dengan ayat al-Quran kerana mereka khuatir tersalah tafsir.sebab apa???mereka betul2 menghayati Islam..mereka takut dengan ALLAH..kalau setakat berhujah dengan ayat Al-Quran time berpolitik bukan bermaksud orang tu minat dengan Islam..kalo betul dia menghargai Islam, dia akan minta tafsiran yang betul dari orang yang alim…ada tak dia mintak dengan ulama PAS????tak de kot..sebab tu salah tafsiran…kalo ada tak kan lah ulama PAS bagi tafsiran yang salah kot….agak2lah….dan lagi satu..kalau betul dia berjinak2 dengan ISLAM..kenapa sampai sekarang masih kekal dengan agama asal?xde ura2 pun nak memeluk ISLAM..nampak sangat mempergunakan ayat Al_Quran…anta tak perlu rasa bangga dengan apa yang telah "orang itu" lakukan tapi sebaliknya anta perlu risau kerana "mereka" telah mula berani mempermainkan ayat2 Al-Quran.

Begitulah sesi dialog di antara SRIKANDI dan IBN ISHAK......TAKBIR!!!!ALLAHHU AKBAR..ana berjuang untuk negara dan agama kerana ALLAH..


3 comments:

Mohd Sufian said...

Salam,

Tahniah. Mantap.

The Lying Eyes said...

bagus teruskan usaha anda, aku mmg bengang kalau ada orang yang x penah kenan budi macam ishak tu... sengal... teruskan perjuangan srikandi

Unknown said...

salam, srikandi...

Terima kasih kerana memberi balasan kepada tulisan saya sebelum ini... Saya cukup menghargainya...

Saya kira, agak 'teruk' saya di belasah di ruang lingkup saudari ini walaupun ia ternyata bukan satu perkongsian pendapat dan idea saya kira, tetapi ia merupakan satu ketidak puasan hati terhadap penyokong dan juga pendokong Islam secara menyeluruh.

Saya hormati pandangan dan lontaran hujah saudari, cuma saya mengharapkan ia merupakan satu perkongsian dan bertukar pendapat, bukan menjadi sebuah pergaduhan mencari siapa hebat atau siapa kuat. Kerana Islam menuntut kita untuk saling hormat - menghormati tanpa menyentuh, memfitnah, memburukkan malahan menghina senstiviti orang terbabit.

Di ruang lingkup ini, saya ingin nyatakan, janganlah saudari melindung diri di balik topeng kebathilan, kerana di luar sana kezaliman penzalim dan kebenaran orang2 yang benar telah terpancar dan semua orang telah tahu perkara ini dan bisa berfikir sedalamnya.

Saudari memang benar, setandan pisang tidak semuanya elok, apakah bisa kita biarkan 'kerosakan' (baca rasuah) itu membarah selama lebih 50 tahun di negara kita yang tercinta ini??...

Sedarkah saudari penyakit fitnah dan 'memakan daging saudara sendiri' ini telah membarah dikalangan masyarakat malah negara kita, kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk mengelak perkara ini kerana Islam itu menuntut kita untuk menjauhi nya...

Saudari,
Rezeki itu datang dari Allah dan kepada Nya kita akan kembali, hak rakyat wajib diperjuangkan dan ia bukan kepunyaan kroni2 dan sanak-saudara sesetengah pihak sahaja...

Saya dengan rendah hati, memohon maaf jika ada tersalah kata, kita manusia biasa dan kita wajib berjuang atas kebenaran bukan kezaliman yang telah nyata lagi bersuluh...

Terima Kasih...