Thursday 14 May 2009

PAS......RASUAH DAN POLITIK WANG????

KUALA KRAI: Pucuk pimpinan Pas diminta memberi perhatian serius terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud, bahawa wujud gejala membeli undi menjelang muktamar agung parti itu Jun ini. Ahli Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata Mohamad yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Abdul Fatah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu di Shah Alam Jun ini.
Abdul Fatah berkata, kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan keadaan ini memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain. - Bernama

5 comments:

The Lying Eyes said...

biasalah manusia.. kalau dah nampak peluang mesti sembat punya.. tu lagi mahu salahkan orang lain... PAS lidah cabang macam lalang...

Anonymous said...

Salam sis,
wah politik wang juga ada dalam PAS.
Apa beza PAS dengan UMNO?

API said...

Orang menerima tak sahah
sebab, pemimpin PAS dulu ada cakap,
orang bagi kain ambil,
bagi duit ambil,
undi tetap PAS,
konsep yang sama para perwakilan PAS gunakan,
jadi salahkan pemimpin yang mengeluarkan 'fatwa'.

ahlang said...

salam ziarah

-ahlang-
salam setiakawan

trackers said...

nalapambu...

hang nie post comment yg sama utk byk blog.
hang men copy paste jer ka?hehehehe
kot yer pun nk bg komen...ikutla kesesuaian topik tue...nie hang men belasah jer...
dh 3 blog dh yg aku visit,hang guna comment nie..